Ingin Tahu Lebih Lanjut atau Dapatkan Sebutharga Perisian/Perkakasan?

Info

Tentang MLA

SEMUA YANG ANDA INGIN TAHU TENTANG MLA

1. Apakah itu program MLA dan peranan Prestariang?

"Master Licensing Agreement" (MLA) merupakan inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia dengan usahasama Prestariang dan Microsoft.

 

MLA adalah kontrak perolehan perisian Microsoft berpusat yang mana Prestariang Systems Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai pembekal tunggal untuk semua jabatan dan agensi kerajaan termasuk kerajaan negeri.

2. Siapakah yang boleh memohon program MLA ini?

Semua kementerian, agensi kerajaan, kerajaan negeri, badan berkanun dan Institut Latihan Awam (ILA).

3. Apakah faedah yang bakal diperolehi daripada program MLA dan perbezaan di antara MLA 2.0 dengan MLA 3.0?

Bezanya MLA dari kontrak-kontrak lain dapat dilihat dari program nilai tambah yang ditawarkan. MLA 3.0 kini menawarkan sebanyak enam (6) program nilai tambah, berbanding MLA 2.0 hanya menawarkan empat (4) program nilai tambah.

4. Bilakah pelaksanaan program MLA 3.0 ini bermula?

Tarikh berkuatkuasa bermula dari 1 Februari 2018 sehingga 31 Januari 2021.

5. Adakah MLA 3.0 tertakluk kepada apa-apa pekeliling dibawah Kementerian Kewangan Malaysia?

MLA 3.0 adalah tertakluk dibawah:-

  1. Pekeliling Perbendaraan Malaysia - Lampiran 6  - KONTRAK PUSAT PEROLEHAN PERISIAN, PERKHIDMATAN DAN PERKAKASAN MICROSOFT DI BAWAH MASTER LICENSING AGREEMENT (MLA) 3.0.

  2. PK 5.1  PEROLEHAN KERAJAAN SECARA SISTEM ELEKTRONIK.

PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA LAMPIRAN 6

PK 5.1

6. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan info lanjut mengenai sebutharga?

Sila tekan butang 'Helpdesk' di bawah untuk mendapatkan informasi lanjut berkenaan sebutharga.