Soalan Lazim

UMUM

Apakah itu "Master Licensing Agreement" (MLA)?


Master Licensing Agreement (MLA) adalah kontrak perolehan perisian Microsoft berpusat yang mana Prestariang Systems Sdn. Bhd telah dilantik sebagai pembekal tunggal untuk semua jabatan dan agensi kerajaan termasuk kerajaan negeri.




Apakah program nilai tambah yang ditawarkan di dalam MLA 3.0?


MLA 3.0 menawarkan lapan (6) program nilai tambah. Berikut merupakan senarai program nilai tambah di bawah MLA 3.0;

  • Persidangan CIO*

  • Program Kesedaran & Penggunaan (Tips & Tricks)*

  • Portal MLA Online & Mobile Apps*

  • Microsoft Certified Community*

  • Hari Pengiktirafan Inovasi*

  • Bengkel SAM (Software Asset Management)*




Apakah itu Microsoft Software Assurance ?


Microsoft Software Assurance adalah salah satu tawaran di bawah program "Volume Licensing" yang merangkumi komponen teknologi, perkhidmatan dan membantu anda dalam penggunaan dan pengurusan produk Microsoft anda dengan lebih efektif. Klik pautan ini untuk maklumat lanjut mengenai faedah Microsoft Software Assurance




Bagaimana cara membuat pembelian melalui program MLA 3.0?


Terdapat dua (2) cara untuk membuat pembelian;

  1. Pembelian Terus
    1. Pihak agensi boleh mendapatkan sebutharga "quotation" perisian Microsoft daripada Prestariang Systems Sdn Bhd
  2. Pembelian melalui pembekal
    1. Sebutharga yang dikemukakan untuk perisian hendaklah mematuhi jadual harga yang telah ditetapkan melalui program MLA 3.0. Agensi hendaklah memasukkan di dalam klausa kontrak utama bagi kontraktor dinamakan (sub-kontraktor) dan Deed of Assignment untuk Prestariang bagi memudahkan pelaksanaan perkakasan/pembangunan sistem aplikasi di peringkat agensi masing-masing.




Pembelian apakah yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)?


Berikut adalah penjelasan lanjut tentang perkhidmatan yang TIDAK AKAN DIKENAKAN cukai:-

Perisian/Lesen

Perkakasan

Berikut adalah penjelasan lanjut tentang perkhidmatan yang DIKENAKAN cukai:-

Latihan

Premier Support

Sila rujuk laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk maklumat lanjut




Apakah itu "Volume Licensing Service Centre" (VLSC)?


VLSC ialah portal bagi memudahkan pengelolaan lesen anda. Sebagai pelanggan MLA 3.0, portal VLSC akan membenarkan anda untuk;

  • Mengakses maklumat pembelian lesen.

  • Mengakses semua "product key" dan muat turun perisian.

  • Mengaktif dan menguruskan faedah "Software Assurance"




Apakah itu "Paper License"?


"Paper License" adalah bukti pembelian yang diperolehi oleh pengguna dimana ia mengandungi maklumat kontrak sesuatu pembelian. Berikut merupakan fungsi "Paper License";

  • Memastikan terdapat salinan simpanan pembelian untuk tujuan audit.
  • Memudahkan tujuan instalasi (terdapat maklumat nombor "product key").




Bagaimanakah tatacara menebus "Competency Enhancement Program" (CEP)?


Sila rujuk di sini Langkah Penebusan CEP




Bagaimanakah saya boleh menghubungi pihak Prestariang?


Sila rujuk di sini Hubungi Kami




Adakah perolehan lesen dibawah Program MLA membenarkan pembelian tanpa Software Assurance?


Untuk makluman, semua lesen yang dibekalkan dibawah Program MLA disertakan bersama "Software Assurance"




Di manakah MLA di dalam Pekeliling?


MLA terdapat di Pekeliling 2.1




Adakah MLA perlu melalui E-Perolehan?


Tidak. MLA tidak perlu melalui proses E-Perolehan





PRODUK

Apakah kelebihan Office 365?


  • Penjimatan kos teknologi maklumat dan pengurusan masa.
  • Meningkatkan produktiviti.
  • Mudah diakses dimana sahaja melalui internet dan boleh dikongsi sesama individu atau kumpulan.
  • Memudahkan muat naik dan muat turun data pada bila-bila masa.
  • Langgan adalah dalam talian.
  • Pengguna juga diberikan storan awam sebanyak 1 terabyte(TB) untuk menyimpan fail.
  • Menggunakan aplikasi Office 365 secara offline dan sekiranya ada talian internet, maka segala kerja yang telah dilakukan akan diselaraskan (synchronize) secara automatik.




Bolehkah saya menggunakan 1 lesen aplikasi O365 melebihi daripada 1 peranti?


Pengguna Office 365 Business, Business Premium dan ProPlus boleh menggunakan Office pada 5 peranti PC atau Mac, 5 tablet, dan 5 telefon pintar. Peranti hibrid seperti Microsoft Surface Pro, adalah dikira sebagai PC atau tablet. Contoh : Agensi A telah menggunakan lesen untuk Office 365 dan setiap pengguna boleh mengakses aplikasi tersebut kepada komputer, komputer riba dan tablet di mana sahaja berada.





PROGRAM PEROLEHAN

Apakah program dan kelayakan perlesenan dibawah MLA 3.0?


  • Enterprise Agreement (EA) - Pembelian dalam jumlah berskala besar, iaitu 100 unit dan keatas.
  • Open Value (OV) - Pembelian dalam jumlah berskala kecil, iaitu 5 unit hingga 99 unit.




Apakah perbezaan Hak Milik Kekal (Perpetual) dengan Langganan (Subscription)?


Terdapat dua kategori perolehan "Microsoft Volume Licensing" di bawah program MLA 3.0.

  • Hak Milik Kekal (Perpetual) - Berdasarkan hak milik kekal, kementerian dan agensi boleh menikmati produk dan semua upgrade atau downgrade dari produk tersebut, sesuai dengan ketentuan yang ada. Untuk aplikasi, sistem, dan produk Client Access License (CAL), walaupun jumlah komputer atau penggunanya terus bertambah, semua agensi boleh membuat penambahan mengikut pertambahan komputer dalam pesanan tahunan mereka. Berikut adalah program di bawah pemilikan hak milik kekal:

    • Enterprise Agreement Perpetual (EAP)

    • Open Value Perpetual (OVP)

  • Langganan (Subscription) - Dengan program langganan, kementerian dan agensi boleh menikmati produk dan semua upgrade dan downgrade dari produk tersebut, sesuai dengan ketentuan yang ada. Untuk aplikasi, sistem,dan produk Client Access License (CAL), walaupun jumlah komputer atau penggunanya terus bertambah, semua agensi boleh membuat penambahan mengikut pertambahan komputer dalam pesanan tahunan mereka. Berikut adalah program di bawah pemilikan tempoh sementara:
    • Enterprise Agreement Subscription (EAS)\
    • Open Value Subscription (OVS)




Apakah kelebihan membuat pembelian secara langganan yang ditawarkan melalui MLA 3.0?


  • Harga lebih murah
  • Menjimatkan kos
  • Mudah dari segi pengurusan penyelenggaraan.
  • Agensi kerajaan hanya perlu membayar lesen semasa tempoh langganan.
  • Mendapat faedah yang sama seperti "Enterprise Agreement Perpetual".





SEBUTHARGA

Bagaimana saya boleh mendapatkan sebutharga MLA 3.0 bagi agensi saya?


Tuan/Puan boleh mendapatkan sebutharga MLA 3.0 dengan melayari helpdesk kami di sini




Adakah perolehan lesen Microsoft hanya boleh dibuat melalui syarikat Prestariang?


Ya, Prestariang Systems Sdn Bhd merupakan syarikat yang bertanggungjawab penuh di atas kontrak MLA 3.0 bagi membekalkan perisian Microsoft kepada semua pejabat kerajaan, bermula daripada Februari 2018 sehingga Januari 2021.




Bagaimanakah saya boleh menyemak senarai harga setiap perisian Microsoft di bawah MLA 3.0?


Untuk harga setiap perisian Microsoft di bawah MLA 3.0, anda boleh layari di laman sesawang mla.prestariang.com.my (Prepare to change)




Agensi manakah yang layak membuat perolehan dibawah program MLA 3.0?


Agensi anda layak sekiranya anda adalah:

  • Kementerian / Jabatan Kerajaan Malaysia
  • Agensi Sektor Awam
  • Badan Berkanun di bawah Kerajaan
  • Kerajaan Negeri
  • System Integrator melalui tender kerajaan seperti diatas.




Apakah proses yang diperlukan bagi mendapatkan sebutharga untuk MLA 3.0?


Sila rujuk halaman Tatacara Perolehan MLA 3.0




Berapa lama tempoh untuk mendapatkan sebutharga?


Tempoh untuk mendapatkan sebutharga adalah diantara 3 hingga 5 hari waktu bekerja. Namun bergantung kepada tarikh tutup tender yang dikeluarkan. Jika tarikh tutup tender adalah terlalu jauh, kami akan memberikan sebutharga dalam masa 7 hari sebelum tarikh tutup tender mengikut kepada pertukaran mata wang Ringgit Malaysia (RM). Ini adalah kerana tempoh sah laku yang dikeluarkan oleh MOF adalah sah selama 3 hari.




Berapa lamakah tempoh sah laku sebutharga?


Tempoh sah laku sebutharga adalah 3 hari seperti di dalam Kontrak Pusat dan Pekeliling 1PP oleh Kementerian Kewangan (MoF). ***Sila rujuk 1PP (1 Pekeliling Perbendaharaan) http://1pp.treasury.gov.my/ Rujuk Bidang Perolehan Kerajaan > Topik 2.1(Kaedah Perolehan Kerajaan)





"Reimagining
Tomorrow"

Info

Produk & Perkhidmatan

Hubungi Kami

Bahagian Perolehan Kerajaan,

Kementerian Kewangan Malaysia,

No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62592 W.P. Putrajaya

‚Äč

Talian Utama: 03 8882 8861 / 03 8882 402

E-mel: kontrakpusat@treasury.gov.my